Wednesday, November 2, 2016

Pemantauan Gemilang 2016

Alhamdulillah pada tahun ini 2016, Surau As-Syakirin ( SK Palong 7 ) sekali lagi telah dicalonkan untuk Pertandingan Imarah Surau Peringkat Kebangsaan...Pelbagai usaha telah dijalankan bagi memastikan Surau As-Syakirin berada dalam keadaan terbaik menjelang hari pemantauan..Kerjasama dan usaha yang diberikan oleh guru-guru amatlah cemerlang dan sangat komited..Turut tidak ketinggalan warga setempat yang turut bersama-sama warga sekolah menyumbang keringat dan tenaga. Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi atas keizinan-Nya segala usaha akhirnya berjaya tanpa sebarang masalah dan kini Surau As-Syakirin berwajah baru...Tahniah SK PALONG 7 ! Segala jasa dan usaha warga sekolah hanya Allah yang mampu membalasnya....























Sunday, November 2, 2014

Syabas!! Surau As-Syakirin Laluan Utama Penggambaran Rancangan Program Dr.Muda ASTRO

Syabas!! Pemilihan SK Palong 7(F) sebagai lokasi penggambaran rancangan program Doktor Muda ASTRO pada 31 Oktober 2014 yang lepas telah memberi impak sampingan kepada Surau As-Syakirin. Di mana laluan utama maskot Doktor Muda ialah gerbang hadapan Surau As-Syakirin. Tahniah diucapkan.







Tuesday, August 12, 2014

Lawatan Pencalonan Pertandingan Imarah Surau

Alhamdulillah..Surau As-Syakirin SK Palong 7(F) layak dicalonkan untuk Pertandingan Imarah Surau Peringkat Negeri Sembilan dan sekali gus ke peringkat kebangsaan.Seramai 5 orang pegawai dari Unit Pendidikan Agama Islam Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan bersama-sama dengan Pn.Hjh Halimah Bt Romeli,Penyelia Pendidikan Islam PPD Jempol Jelebu hadir membuat penilaian tersebut pada 5 Ogos 2014. Warga SK Palong 7(F) mengucapkan jutaaan terima kasih kepada pegawai JPNS yang diketuai oleh En.Ahmad Shahir Abdul Ghani,Penolong Pengarah Operasi B.Arab Sektor Pendidikan Islam JPNS juga seluruh warga SKP7 yang telah memberikan kerjasama dalam penilaian tersebut.