Tuesday, August 12, 2014

Lawatan Pencalonan Pertandingan Imarah Surau

Alhamdulillah..Surau As-Syakirin SK Palong 7(F) layak dicalonkan untuk Pertandingan Imarah Surau Peringkat Negeri Sembilan dan sekali gus ke peringkat kebangsaan.Seramai 5 orang pegawai dari Unit Pendidikan Agama Islam Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan bersama-sama dengan Pn.Hjh Halimah Bt Romeli,Penyelia Pendidikan Islam PPD Jempol Jelebu hadir membuat penilaian tersebut pada 5 Ogos 2014. Warga SK Palong 7(F) mengucapkan jutaaan terima kasih kepada pegawai JPNS yang diketuai oleh En.Ahmad Shahir Abdul Ghani,Penolong Pengarah Operasi B.Arab Sektor Pendidikan Islam JPNS juga seluruh warga SKP7 yang telah memberikan kerjasama dalam penilaian tersebut.